Klinik Usrati Meru: June 2016

Tuesday, 21 June 2016

Ilmu vs harta

Ya Allah wariskan anak-anak hamba ilmu yang bermanfaat.........
Umar abd Aziz sewaktu beliau wafat beliau meninggalkan 11 orang anak, beliau meninggalkan harta buat anak-anaknya masing-masing hanya setengah dan seperempat dinar.
Dan Umar berkata pada anak-anak beliau sebwlum kewatan beliau " Aku tiada harta yang boleh aku wasiatkan buat kalian"
Manakala Hisyam bin Abd malk(khalifah bani umayyah),sewaktu beliau wafat juga meninggalkan 11 orang anak.Dan setiap orang anak beliau, masing-masing beliau tinggalkan seribu dinar.
Adapun anak-anak umar abd aziz, tidaklah dilihat pada mereka melainkam mereka setelah itu adalah orang-orang yang kaya.
Salah seorang mereka pernah menyediakan persiapan buat seratus ribu penunggang di atas seratus ribu kuda untuk fisabillillah.
Dan tidak pernah dilihat pula anak-anak hisyam bin abd malk melainkan mereka dalam keadaan faqir
Hani Alhaj
kitab alfun qissah

Monday, 20 June 2016

Hukum Bekam di Bulan Puasa



Adakah berbekam di siang Ramadhan membatalkan Puasa ?

Makna Hijamah adalah melukakan di bahagian anggota badan seperti belakang badan atau menyedut darah dengan mulut atau dengan cawan atas tujuan perubatan.

Berubat dengan hijamah adalah mustahab berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w " Sesungguhnya sebaik-baik sesuatu buat kamu untuk berubat adalah berbekam, minum madu, dan berubat dengan besi panas dan aku tidak suka berubat dengan besi panas" muttafqun a'laih

Dan Bersabda juga Rasulullah sa.w. " Sebaik-baik perkara untuk kamu berubat adalah berbekam" Telah meriwayatnya Ahmad dan Al Bukhori

# Sesungguhnya telah berikhtilaf ahl ilm : Adakah Berbekam membatalkan puasa atau tidak?

# Abu Hanifah , Malik dan Syafie berpegang bahawa tidak batal puasa(berbekam pada siang ramadhan)

# Al Bukhori meriwayatkan dari ibn Abbas ra : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w Berbekam dalam keadaan dia berihram dan dia berbekam dalam keadaan dia sedang berpuasa

# Dan telah berkata Ibnu Abbas dan A'kramah : Puasa (apa yang membatalkan ) adalah dari apa yang masuk dan bukan dari apa yang keluar.

# Dan Dari Ummi Al qamah berkata : Kami berbekam disisi Aisyah dalam keadaan kami  dan anak saudara lelaki Aisyah sedang berpuasa dan dia (Aisyah) tidak melarang

# Imam Ahmad berpendapat berbekam membatalkan puasa . Berdasarkan hadis di dalam Al Musnad dan  Attirmidzi dari hadis rafi' ibn khudaij Sesungguh nya Nabi sa.w bersabda " Batal Puasa buat orang yang berbekam dan dibekam"

# Dan Jumhur ahl ilm berpendapat berbekam tidak membatalkan puasa

# Berkata Al Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitab Fathul Bari pada ta'liiq atau komennya  pada hadis " Dia Berbekam dalam keadaan dia sedang berihram dan dia berbekam dalam keadaan dia sedang berpuasa" Berkata Al Hafiz ; berkata ibu abdil birr dan selainnya padanya adalah dalil yang menunjukkan hadis " Batal puasa buat yang berbekam dan dibekam" adalah mansukh, kerana telah datang padanya beberapa jalan yang menunjukkan hadis tersebut adalah pada waktu haji wada'

# Sebahagian Ahl ilm menakwilkan " Batal puasa buat yang berbekam dan dibekam" berbekam akan menyebab kedua-dua orang tadi berbuka. Ini kerana meyedut darah dengan mulut(bekam tradisional) akan menyebabkan ianya masuk ke dalam kerongkong, manakala yang dibekam pula akan menyebabkan badannya lemah serta bermudharat dan akhirnya terpaksa berbuka.

# Dan Yang Betul pada maslah ini, pada siapa yang akan merasa lemah akibat bekam maka hendaklah dia melakukan bekam pada malam hari kerana dkhuatiri akan meyebabkan mudharat dan akhirnya berbuka.

# Dalam kitab Mawatta' Malik dari ibnu umar : sesungguhnya dia berbekam sambil berpuasa dan setelah itu dia meninggalkannya, dan dia tidak berbekam sewaktu berpuasa sehinggalah dia berbuka"

#Dan dari Az Zuhri : Ibnu Umar berbekam pada siang ramadhan dan selainnya kemudian dia meninggalkan amalan tersebut kerana membuatkan dirinya lemah"

Wallahhua'lam

http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=7754

Saturday, 18 June 2016

Perkhidmatan Bekam Klinikal


Hubungi Kami Segera di No Tel 055252801 atau PM kami di page kami

FP Klinik Usrati (KLIK DI SINI)  Untuk pertanyaan dan Tempahan Slot BEKAM.



Klinik Usrati MENAWARKAN Perkhidmatan Bekam Klinikal Untuk Lelaki dan Perempuan


Pakej Bekam Bahu dan Kepala : RM 30 - RM 50

Pakej Bekam " Unlimited Cup " : RM 99  ( Unlimited untuk belakang badan,tangan, kaki                                                                            hingga leher sahaja)                                                                                                                                   ( Lebih Jimat!!!)

Pakej Bekam Kosmetik atau Resedung : RM 60


Hubungi Kami Segera di No Tel 055252801 atau PM kami di page kami  

FP Klinik Usrati (KLIK DI SINI)  Untuk pertanyaan dan Tempahan Slot BEKAM.







Testimoni Pelanggan Hasil Dari Bekam Kosmetik


Pelanggan Lelaki remaja di atas mengalami jerawat teruk, beliau melakukan bekam kosmetik lebih dari 4 kali dan di samping itu mengamalkan pemakanan dan pengambilan barang kosmetik yang sesuai dah Alhamdulillah kesannya baik.




Pelanggan wanita di atas pula mengalami muka berminyak, katanya boleh buat goreng telur, namun setelah berbekam di kawasan muka ,kesannya Alhamdulillah.

Semuanya Dengan Izin Allah s.w.t

Bekam : Tradisional vs Moden




Bekam secara Tradisional adalah untuk bertujuan untuk membuang darah kotor, namun dari teori perubatan ia agak berbeza.

Dari segi perubatan Bekam bertujuan :

1. Mencipta radang dan meransang aliran darah ke kawasan bekam
2. Bekam juga mampu melegakan ketegangan otot apabila kawasan otot yang tegang disedut dengan "cup" bekam .

Berdasarkan "studies" yang telah di buat di luar negara, bekam terbukti mampu menyelesaikan beberapa masalah kesihatan dan kesannya lebih efektif apabila dengan ubat-ubatan.  : )

Bersambung.....