CARA PELIK WARGA JEPUN (bagi kita) MENJAGA KESIHATAN
Saya pernah merawat seorang warga Jepun di Klinik Usrati.
Beliau seorang yang berumur sekitar 50an, dan menghidap penyakit darah tinggi.
Sewaktu di Jepun beliau mengambil sejenis ubat darah tinggi yang bernama Manidpin ( sejenis ubat darah tinggi dari kelompok Ca Channel Bocker)
Sebulan yang lepas beliau pernah hadir ke Klinik Usrati untuk mencari ubat darah tinggi yang bernama Manidpin ini.
Malangnya ubat tersebut tidak wujud di Malaysia , maka saya menyarankan beliau dengan Vamlodipine, kelompok yang sama iaitu Ca Channel bocker.
Apa yang saya kagum tentang beliau, setelah sebulan mengambil ubat Vamlodipine , beliau telah membuat graf perbandingan bacaan tekanan darah sepanjang beliau menggunakan Manidpin dan Vamlodipine.
Beliau telah datang ke Klinik Usrati beberapa hari yang lepas bertemu saya untuk mendapat perkembangan bacaan tekanan darah beliau bedasarkan graf yang telah be;iau buat. :)
Begitu rupanya masyarakat di negara maju perihatin dengan kesihatan mereka..Allahumustaan..Seharusnya kita lebih-lebih lagi agar kita dapat beribadat engan sempurna..