Klinik Usrati Meru: September 2016

Wednesday, 28 September 2016

Ibu Bapa Jangan Panik Jika Anak Demam Tarik/Kejang





Ibu bapa jangan panik jika terjadi tarik pada anak yang sedang demam :

Lakukan ini :

i) Bertenang dan catat berapa lama anak kejang atau tarik dan jika anak tarik lebih dari lima minit segera hubungi 999

 ii) Longgarkan pakaian anak terutama di bahagian leher

iii) Baringkan anak mengiring

iv) Bersihkan sebarang bentuk muntah atau cairan yang keluar dari mulut 

v)  Jangan masukkan sebarang barang kedalam  mulut sewaktu tarik ( Ramai yang melakukan                   kesalahan ini.)

vi) Jangan berikan sebarang minuman atau ubat-ubatan ke dalam mulut

 vii) Jangan cuba untuk menahan badan anak sewaktu tarik kerana ia akan mencederakan anak

viii) Sentiasa berada dekat dengan anak sehingga tarik hilang dan tenangkan anak.

  ix)  Segera bawa anak ke klinik atau pusat rawatan terdekat untuk pemeriksaan dan rawatan .lanjut