Klinik Usrati Meru: 2016

Monday, 5 December 2016

5 reasons why we need to be circumsiced

5 reasons why we need to be circumsiced





1.       Certain peoples ,they practice circumcision because of their religions regularity.
 -          It is most prevalent in the religious of Islam, Judaism, Coptic Christianity, and the Ethiopian        Orthodox Church  

2.       Reduce risk of urinary tract infection

3.       Protection against penile cancer and reduce risk of cervical cancer to the female sex partner

4.       Prevention of Phimosis ( inability to retract the distal foreskin over the glans penis)and prevention of paraphimosis ( the entrapment of a retracted foreskin behind coronal sulcus)
      http://emedicine.medscape.com/article/777539-overview 

5.       Circumcision can reduce risk of HIV infection in men ( about 60%)
               http://www.who.int/hiv/topics/malecircumcision/en/



Wednesday, 2 November 2016

Lemak Pinggang Mewakili Lemak Di Jantung

Lelaki "Waist circumference" atau lingkaran pinggang sebaiknya dibawah 90 cm.


Perempuan "Waist circumference" atau lingkaran pinggang sebaiknya dibawah 80 cm


Lapisan lemak pada pinggang kita mewakili ketebalan lemak yang melapisi organ kita termasuk jantung, makin tebal lemak di perut atau pinggang makin tebal lemak yang menyaluti organ kita



Wednesday, 28 September 2016

Ibu Bapa Jangan Panik Jika Anak Demam Tarik/Kejang





Ibu bapa jangan panik jika terjadi tarik pada anak yang sedang demam :

Lakukan ini :

i) Bertenang dan catat berapa lama anak kejang atau tarik dan jika anak tarik lebih dari lima minit segera hubungi 999

 ii) Longgarkan pakaian anak terutama di bahagian leher

iii) Baringkan anak mengiring

iv) Bersihkan sebarang bentuk muntah atau cairan yang keluar dari mulut 

v)  Jangan masukkan sebarang barang kedalam  mulut sewaktu tarik ( Ramai yang melakukan                   kesalahan ini.)

vi) Jangan berikan sebarang minuman atau ubat-ubatan ke dalam mulut

 vii) Jangan cuba untuk menahan badan anak sewaktu tarik kerana ia akan mencederakan anak

viii) Sentiasa berada dekat dengan anak sehingga tarik hilang dan tenangkan anak.

  ix)  Segera bawa anak ke klinik atau pusat rawatan terdekat untuk pemeriksaan dan rawatan .lanjut


Wednesday, 31 August 2016

Rahsia Halia yang Ramai Orang Tidak Tahu..

Rahsia Halia yang Ramai Orang Tidak Tahu..


Halia mampu berfungsi sebagai alternatif untuk mengurangkan sakit


Berdasarkan kajian di universiti georgia, 74 orang sukarelawan yang mengkonsumsi halia setiap hari, berhasil mengurangkan sakit akibat "exercise" sebanyak 25%


Halia turut juga dikatakan boleh mengurangkan masalah senggugut. Didalam satu kajian 83% wanita yang mengkonsumsi kapsul halia berkurang, berbanding 47% yang menggunakan plasebo..




Tuesday, 23 August 2016

CARA PELIK WARGA JEPUN (bagi kita) MENJAGA KESIHATAN

CARA PELIK WARGA JEPUN (bagi kita) MENJAGA KESIHATAN





Saya pernah merawat seorang warga Jepun di Klinik Usrati.

Beliau seorang yang berumur sekitar 50an, dan menghidap penyakit darah tinggi.

Sewaktu di Jepun beliau mengambil sejenis ubat darah tinggi yang bernama Manidpin ( sejenis ubat darah tinggi dari kelompok Ca Channel Bocker)

Sebulan yang lepas beliau pernah hadir ke Klinik Usrati untuk mencari ubat darah tinggi yang bernama Manidpin ini.

Malangnya ubat tersebut tidak wujud di Malaysia , maka saya menyarankan beliau dengan Vamlodipine, kelompok yang sama iaitu Ca Channel bocker.

Apa yang saya kagum tentang beliau, setelah sebulan mengambil ubat Vamlodipine , beliau telah membuat graf perbandingan bacaan tekanan darah sepanjang beliau menggunakan Manidpin dan Vamlodipine.

Beliau telah datang ke Klinik Usrati beberapa hari yang lepas bertemu saya untuk mendapat perkembangan bacaan tekanan darah beliau bedasarkan graf yang telah be;iau buat. :)

Begitu rupanya masyarakat di negara maju perihatin dengan kesihatan mereka..Allahumustaan..Seharusnya kita lebih-lebih lagi agar kita dapat beribadat engan sempurna..




Tuesday, 19 July 2016

Serum Plasenta IKAN SALMON


Di Jual Hanya Di Klinik Yang Terpilih Sahaja,DAPATKAN SEGERA...

Clinivita Marine Placenta adalah Produk kecantikan berasaskan Placenta Ikan Salmon

Formulasi dari Japan , dengan Teknologi Proses Dari Jerman

Cara MenggunakanNya Sangat Mudah, Hanya Menyapu Serum Berkenaan ke Bahagian Muka Atau Badan.

Ia membantu

1. Mengurangkan Jerawat, Parut Kesan dari Pembedahan

2. Mengurang atau mengecutkan saiz pori-pori di wajah

3. Mengurangkan Bintik-Bintik Pigmentasi di Wajah

4. Mengurangkan Kedutan Ringan Di Wajah


Clinivita mengandungi

1. Atlantic Salmon Placenta

2. Hyaluronic Acid

3. Cod Fish Marine Collagen

4. Skin Stem Cells activating Growth Factor

5. Pepha Tight protective and tightening Film

Semua bahan diatas akan memberikan kesan  yang baik secara visual kepada kulit.

dan membantu membaiki kesan penuaan pada kulit. 


Di Jual Hanya Di Klinik Yang Terpilih Sahaja,DAPATKAN SEGERA, sementara STOK Masih ada.



Kenapa Menggunakan Placenta Ikan Salmon


>   Ia Disebabkan Saiz Molekul Placenta Ikan Salmon tersangat kecil iaitu kurang dari 1000 Dalton berbanding Placenta Kambing, Kuda,atau Rusa.

> Dengan ia menbantu untuk penyerapan yang cepat dan berkesan ke dalam kulit


Adakah Ianya Halal

Ianya Halal dan memperolehi Kelulusan JAKIM


HargaNya Sangat Berbaloi Dengan Kesan Yang Terbukti Secara Klinikal

Hanya RM 220 ( Termasuk Kos Penghantaran)
                           


Di Jual Hanya Di Klinik Yang Terpilih Sahaja,DAPATKAN SEGERA DI Klinik Usrati
Tel No 055252801 atau whatsapp kami di 019 4816525 untuk konsultasi secara percuma dan tempahan Serum Clinivita Anda

:)


Testimoni pelanggan











Terbukti!! Secara Kajian Klinikal


HargaNya Sangat Berbaloi Dengan Kesan Yang Terbukti Secara Klinikal

Hanya RM220 Termasuk Kos Penghantaran)
                           

Di Jual Hanya Di Klinik Yang Terpilih Sahaja,DAPATKAN SEGERA DI Klinik Usrati
Tel No 055252801 atau whatsapp kami di 019 4816525 untuk konsultasi secara percuma dan tempahan Serum Clinivita Anda

:)











Monday, 18 July 2016

Pemberitahuan Mohon Maaf




Mohon maaf sebelum ini ada kesalahan terjemah dari text bahasa Arab dari saya sehingga di fahami Arak / Khamar boleh dijadikan ubat sewaktu darurah. Tetapi pada hakikatnya Khamar terkecuali sekalipun sewaktu darurah berdasarkan hadis ri wayat muslim:
"sesungguhnya Khamar itu bukan Ubat akan tetapi ianya adalah penyakit" riwayat Muslim

(Teks Asal)
ويستثنى من المحرمات الخمر فإنه لا يجوز التداوي بها حتى عند الضرورة ، للأحاديث الخاصة التي نهت عن التداوي بها، وبينت أنها داء، وليست بدواء كقول النبي صلى الله عليه وسلم في الخمر " إنه ليس بدواء ولكنه داء " رواه مسلم


sumber : http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=6104

Sunday, 10 July 2016

Bahaya tidak mengambil Vaccin




Sila tonton video ini untuk menambahkan kesedaran
Small Pox telah membunuh bepuluh ribu manusia.
Tiada Ubat
Telah Pupus sepenuhNya pada tahun 1980
Setakat ini hanya ada Vaksin sebagai langkah pencegahan.
Dan asbab dari vaksin tersebut dengan izin Allah small pox telah pupus.
Dan kita berharap hal ini tidak berulang akibat dari kelalaian kita tidak mengvaksin kan anak-anak kita.
Sila tonton untuk menambahkan kesedaran..





Sila tonton video ini untuk menambahkan kesedaran
Small Pox telah membunuh bepuluh ribu manusia.
Tiada Ubat
Telah Pupus sepenuhNya pada tahun 1980
Setakat ini hanya ada Vaksin sebagai langkah pencegahan.
Dan asbab dari vaksin tersebut dengan izin Allah small pox telah pupus.
Dan kita berharap hal ini tidak berulang akibat dari kelalaian kita tidak mengvaksin kan anak-anak kita.
Sila tonton untuk menambahkan kesedaran..


Sunday, 3 July 2016

Infrared Thermometer

Klik Pada Gambar

Pernahkan anda membeli belah di Amazon.com ?

Ternyata membeli online taklah susah , debit atau credit card dua-dua boleh digunakan untuk pembayaran.

Infrared thermometer sangat mudah digunakan ,cukup ibubapa acukan kepala anak dan tekan butang, suhu badan anak akan terbaca.

Tak perlu nak tunggu berminit-minit dan anak-anak kebiasaanya tidak selesa dan meragam jika kita gunakan thermometer biasa.

Harga di atas adalah dalam dolar , namun jika di tukar ke "rate" Malaysia harga thermometer infra red ini masih murah dari harga pasaran.

Anda berminat!! klik pada gambar ini :),

Saturday, 2 July 2016

Berubat dengan benda HARAM


Asal berubat dengan benda yang haram dan najis adalah haram/tidak dibenarkan berdasarkan pada keumuman dalil sabda Rasulullah s.a.w " Sesungguhnya Allah mendatangkan penyakit dan ubat, dan dia menjadikan setiap penyakit ada ubatnya. Maka berubatlah kalian dan jangan berubat dengan benda yang haram" Meriwayatkannya Abu Daud

Dan berkata Abu Hurairah r.a "Rasulullah s.a.w melarang berubat dengan benda yang "Khobith"(keji/najis)" Meriwayatkannya Ahmad , Abu Daud dan Tirmizi

Akan tetapi ketika darurat(terpaksa) boleh untuk berubat dengan benda yang asalnya haram, dan dalilnya adalah dalil umum kepada bolehnya sesuatu yang haram itu ketika darurah. 

Sebagaimana firman Allah s.w.t "Dan Sesungguhnya telah Allah jelaskan buat kamu apa yang Dia haram kan atas kamu melainkan kamu terpaksa "(Al An'am 119)
Ayat ini  dan selainnya adalah dalil boleh berubat dengan benda yang asalnya haram ketika darurah(terpaksa)

Berkata Al I'zz ibn Abdissalam rhm " Boleh untuk berubat dengan benda yang najis apabila tidak didapati benda yang suci, kerana maslahah kesihatan dan kesejahteraan adalah lebih utama dari maslahah menjauhi najis)

KECUALI Khamar, sesungguhnya tidak boleh berubat dengan khamar(arak)  sehinggalah walaupun telah darurah berdasarkan hadis khusus  (larangan berubat dengan khamar(arak).)
Sebagaimana sabda nabi sa.w. berkenaan khamar(arak):
"Sesungguhnya ianya bukan ubat ,akan tetapi ianya adalah penyakit" telah meriwayatnya  Muslim

Telah berkata Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam alfataawa alkubra:

Apabila memakan bangkai dan secara pasti boleh menyembuhkan, dan padanya tiada pengganti maka wajib untuk memakannya, sesiapa yang sangat memerlukannya dan dia tidak makan sehingga menyebabkan kematian maka dia masuk didalam api neraka.
Disini dia dalam keadaan tidak mengetahui sebarang benda lain yan menyembuhkan dan tidak jelas baginya apakah ubat  penyakit tersebut. 
Bahkan Allah menyembuhkan seorang hamba itu dengan asbab yang pelbagai.

Berkata An Nawawi di dalam Almajmu':

Apabila seseorang itu terpaksa meminum darah atau air kencing atau selainnya berupa najis yang dilarang yang tidak memabukkkan, boleh untuk meminumnya tanpa khilaf.

dan berkata an Nawawi lagi:

Dan sesungguhnya boleh berubat dengan benda yang najis selagi tiada benda yang suci (untuk mengubati penyakit tersebut). Jika ada benda yang suci sebagai ubat maka diharamkan najis dijadikan sebagai ubat tanpa khilaf.

Dan ini selari dengan dalil hadis " Sesungguhnya Allah tidak menjadikan ubat dari apa yang diharam atas kamu"

Ianya adalah haram apabila anda ubat yang suci dan tidak haram ubat yang najis itu apabila tiada ubat yang lain.

Dan dibenarkan hal tersebut apabila si pengubat yang mahir berkenaan perubatan, dia mengetahui sesungguhnya tiada ubat yang lain (selain ubat yang najis itu).

Dan sipengubat hendaklah seorang yang terpecaya .
Dan wajib atasnya untuk tidak menggunakan lemak khinzir sebagaimana tidak boleh berubat dari mana bahagian pun darinya untuk apa sebabpun, kerana khinzir adalah najis ain, dan setiap apa yang keluar darinya berupa cairan dan selainnya adalah najis.

Melainkan dalam keadaan darurah yang mana perlu untuk berubat dengannnya.

Dengan syarat tiada ketika itu ubat yang suci atau mubah dan ianya di pastikan oleh pengubat yang terpercaya bahawa ubat najis ini memang bermanfaat untuk penyakit tersebut.

Wallaahhua'lam


(Diterjemah oleh Dr Mohd Zulhifdzi Bin Arip)

Sumber: http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=6104

Tuesday, 21 June 2016

Ilmu vs harta

Ya Allah wariskan anak-anak hamba ilmu yang bermanfaat.........
Umar abd Aziz sewaktu beliau wafat beliau meninggalkan 11 orang anak, beliau meninggalkan harta buat anak-anaknya masing-masing hanya setengah dan seperempat dinar.
Dan Umar berkata pada anak-anak beliau sebwlum kewatan beliau " Aku tiada harta yang boleh aku wasiatkan buat kalian"
Manakala Hisyam bin Abd malk(khalifah bani umayyah),sewaktu beliau wafat juga meninggalkan 11 orang anak.Dan setiap orang anak beliau, masing-masing beliau tinggalkan seribu dinar.
Adapun anak-anak umar abd aziz, tidaklah dilihat pada mereka melainkam mereka setelah itu adalah orang-orang yang kaya.
Salah seorang mereka pernah menyediakan persiapan buat seratus ribu penunggang di atas seratus ribu kuda untuk fisabillillah.
Dan tidak pernah dilihat pula anak-anak hisyam bin abd malk melainkan mereka dalam keadaan faqir
Hani Alhaj
kitab alfun qissah

Monday, 20 June 2016

Hukum Bekam di Bulan Puasa



Adakah berbekam di siang Ramadhan membatalkan Puasa ?

Makna Hijamah adalah melukakan di bahagian anggota badan seperti belakang badan atau menyedut darah dengan mulut atau dengan cawan atas tujuan perubatan.

Berubat dengan hijamah adalah mustahab berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w " Sesungguhnya sebaik-baik sesuatu buat kamu untuk berubat adalah berbekam, minum madu, dan berubat dengan besi panas dan aku tidak suka berubat dengan besi panas" muttafqun a'laih

Dan Bersabda juga Rasulullah sa.w. " Sebaik-baik perkara untuk kamu berubat adalah berbekam" Telah meriwayatnya Ahmad dan Al Bukhori

# Sesungguhnya telah berikhtilaf ahl ilm : Adakah Berbekam membatalkan puasa atau tidak?

# Abu Hanifah , Malik dan Syafie berpegang bahawa tidak batal puasa(berbekam pada siang ramadhan)

# Al Bukhori meriwayatkan dari ibn Abbas ra : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w Berbekam dalam keadaan dia berihram dan dia berbekam dalam keadaan dia sedang berpuasa

# Dan telah berkata Ibnu Abbas dan A'kramah : Puasa (apa yang membatalkan ) adalah dari apa yang masuk dan bukan dari apa yang keluar.

# Dan Dari Ummi Al qamah berkata : Kami berbekam disisi Aisyah dalam keadaan kami  dan anak saudara lelaki Aisyah sedang berpuasa dan dia (Aisyah) tidak melarang

# Imam Ahmad berpendapat berbekam membatalkan puasa . Berdasarkan hadis di dalam Al Musnad dan  Attirmidzi dari hadis rafi' ibn khudaij Sesungguh nya Nabi sa.w bersabda " Batal Puasa buat orang yang berbekam dan dibekam"

# Dan Jumhur ahl ilm berpendapat berbekam tidak membatalkan puasa

# Berkata Al Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitab Fathul Bari pada ta'liiq atau komennya  pada hadis " Dia Berbekam dalam keadaan dia sedang berihram dan dia berbekam dalam keadaan dia sedang berpuasa" Berkata Al Hafiz ; berkata ibu abdil birr dan selainnya padanya adalah dalil yang menunjukkan hadis " Batal puasa buat yang berbekam dan dibekam" adalah mansukh, kerana telah datang padanya beberapa jalan yang menunjukkan hadis tersebut adalah pada waktu haji wada'

# Sebahagian Ahl ilm menakwilkan " Batal puasa buat yang berbekam dan dibekam" berbekam akan menyebab kedua-dua orang tadi berbuka. Ini kerana meyedut darah dengan mulut(bekam tradisional) akan menyebabkan ianya masuk ke dalam kerongkong, manakala yang dibekam pula akan menyebabkan badannya lemah serta bermudharat dan akhirnya terpaksa berbuka.

# Dan Yang Betul pada maslah ini, pada siapa yang akan merasa lemah akibat bekam maka hendaklah dia melakukan bekam pada malam hari kerana dkhuatiri akan meyebabkan mudharat dan akhirnya berbuka.

# Dalam kitab Mawatta' Malik dari ibnu umar : sesungguhnya dia berbekam sambil berpuasa dan setelah itu dia meninggalkannya, dan dia tidak berbekam sewaktu berpuasa sehinggalah dia berbuka"

#Dan dari Az Zuhri : Ibnu Umar berbekam pada siang ramadhan dan selainnya kemudian dia meninggalkan amalan tersebut kerana membuatkan dirinya lemah"

Wallahhua'lam

http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=7754

Saturday, 18 June 2016

Perkhidmatan Bekam Klinikal


Hubungi Kami Segera di No Tel 055252801 atau PM kami di page kami

FP Klinik Usrati (KLIK DI SINI)  Untuk pertanyaan dan Tempahan Slot BEKAM.



Klinik Usrati MENAWARKAN Perkhidmatan Bekam Klinikal Untuk Lelaki dan Perempuan


Pakej Bekam Bahu dan Kepala : RM 30 - RM 50

Pakej Bekam " Unlimited Cup " : RM 99  ( Unlimited untuk belakang badan,tangan, kaki                                                                            hingga leher sahaja)                                                                                                                                   ( Lebih Jimat!!!)

Pakej Bekam Kosmetik atau Resedung : RM 60


Hubungi Kami Segera di No Tel 055252801 atau PM kami di page kami  

FP Klinik Usrati (KLIK DI SINI)  Untuk pertanyaan dan Tempahan Slot BEKAM.







Testimoni Pelanggan Hasil Dari Bekam Kosmetik


Pelanggan Lelaki remaja di atas mengalami jerawat teruk, beliau melakukan bekam kosmetik lebih dari 4 kali dan di samping itu mengamalkan pemakanan dan pengambilan barang kosmetik yang sesuai dah Alhamdulillah kesannya baik.




Pelanggan wanita di atas pula mengalami muka berminyak, katanya boleh buat goreng telur, namun setelah berbekam di kawasan muka ,kesannya Alhamdulillah.

Semuanya Dengan Izin Allah s.w.t

Bekam : Tradisional vs Moden




Bekam secara Tradisional adalah untuk bertujuan untuk membuang darah kotor, namun dari teori perubatan ia agak berbeza.

Dari segi perubatan Bekam bertujuan :

1. Mencipta radang dan meransang aliran darah ke kawasan bekam
2. Bekam juga mampu melegakan ketegangan otot apabila kawasan otot yang tegang disedut dengan "cup" bekam .

Berdasarkan "studies" yang telah di buat di luar negara, bekam terbukti mampu menyelesaikan beberapa masalah kesihatan dan kesannya lebih efektif apabila dengan ubat-ubatan.  : )

Bersambung.....