Klinik Usrati Meru: Berubat dengan benda HARAM

Saturday, 2 July 2016

Berubat dengan benda HARAM


Asal berubat dengan benda yang haram dan najis adalah haram/tidak dibenarkan berdasarkan pada keumuman dalil sabda Rasulullah s.a.w " Sesungguhnya Allah mendatangkan penyakit dan ubat, dan dia menjadikan setiap penyakit ada ubatnya. Maka berubatlah kalian dan jangan berubat dengan benda yang haram" Meriwayatkannya Abu Daud

Dan berkata Abu Hurairah r.a "Rasulullah s.a.w melarang berubat dengan benda yang "Khobith"(keji/najis)" Meriwayatkannya Ahmad , Abu Daud dan Tirmizi

Akan tetapi ketika darurat(terpaksa) boleh untuk berubat dengan benda yang asalnya haram, dan dalilnya adalah dalil umum kepada bolehnya sesuatu yang haram itu ketika darurah. 

Sebagaimana firman Allah s.w.t "Dan Sesungguhnya telah Allah jelaskan buat kamu apa yang Dia haram kan atas kamu melainkan kamu terpaksa "(Al An'am 119)
Ayat ini  dan selainnya adalah dalil boleh berubat dengan benda yang asalnya haram ketika darurah(terpaksa)

Berkata Al I'zz ibn Abdissalam rhm " Boleh untuk berubat dengan benda yang najis apabila tidak didapati benda yang suci, kerana maslahah kesihatan dan kesejahteraan adalah lebih utama dari maslahah menjauhi najis)

KECUALI Khamar, sesungguhnya tidak boleh berubat dengan khamar(arak)  sehinggalah walaupun telah darurah berdasarkan hadis khusus  (larangan berubat dengan khamar(arak).)
Sebagaimana sabda nabi sa.w. berkenaan khamar(arak):
"Sesungguhnya ianya bukan ubat ,akan tetapi ianya adalah penyakit" telah meriwayatnya  Muslim

Telah berkata Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam alfataawa alkubra:

Apabila memakan bangkai dan secara pasti boleh menyembuhkan, dan padanya tiada pengganti maka wajib untuk memakannya, sesiapa yang sangat memerlukannya dan dia tidak makan sehingga menyebabkan kematian maka dia masuk didalam api neraka.
Disini dia dalam keadaan tidak mengetahui sebarang benda lain yan menyembuhkan dan tidak jelas baginya apakah ubat  penyakit tersebut. 
Bahkan Allah menyembuhkan seorang hamba itu dengan asbab yang pelbagai.

Berkata An Nawawi di dalam Almajmu':

Apabila seseorang itu terpaksa meminum darah atau air kencing atau selainnya berupa najis yang dilarang yang tidak memabukkkan, boleh untuk meminumnya tanpa khilaf.

dan berkata an Nawawi lagi:

Dan sesungguhnya boleh berubat dengan benda yang najis selagi tiada benda yang suci (untuk mengubati penyakit tersebut). Jika ada benda yang suci sebagai ubat maka diharamkan najis dijadikan sebagai ubat tanpa khilaf.

Dan ini selari dengan dalil hadis " Sesungguhnya Allah tidak menjadikan ubat dari apa yang diharam atas kamu"

Ianya adalah haram apabila anda ubat yang suci dan tidak haram ubat yang najis itu apabila tiada ubat yang lain.

Dan dibenarkan hal tersebut apabila si pengubat yang mahir berkenaan perubatan, dia mengetahui sesungguhnya tiada ubat yang lain (selain ubat yang najis itu).

Dan sipengubat hendaklah seorang yang terpecaya .
Dan wajib atasnya untuk tidak menggunakan lemak khinzir sebagaimana tidak boleh berubat dari mana bahagian pun darinya untuk apa sebabpun, kerana khinzir adalah najis ain, dan setiap apa yang keluar darinya berupa cairan dan selainnya adalah najis.

Melainkan dalam keadaan darurah yang mana perlu untuk berubat dengannnya.

Dengan syarat tiada ketika itu ubat yang suci atau mubah dan ianya di pastikan oleh pengubat yang terpercaya bahawa ubat najis ini memang bermanfaat untuk penyakit tersebut.

Wallaahhua'lam


(Diterjemah oleh Dr Mohd Zulhifdzi Bin Arip)

Sumber: http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=6104

No comments:

Post a Comment